Sunday, August 30, 2009

Jin Notti - "Jangan Naughty-Naughty"

Synopsis:
Filem JIN Notti menampilkan Farah Fauzana, Mawi & Cat Farish sebagai pelakon utama filem ini.

Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

1) Ruby – Seorang gadis remaja Punk yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar.

2) Y’vonne – Seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan.

3) Sharifah – Seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.

AZIZ (Mawi) merupakan seorang anggota polis perisik yang mempunyai prinsip hidup tersendiri. Beliau melibatkan diri dalam geng kongsi gelap semata-mata untuk mendapatkan maklumat tentang kerja haram yang dijalankan. Aziz dalam diam menyimpan perasaan pada Y’vonne (teman wanita geng Kongsi Gelap) dimana pada waktu itu tubuhnya dikawal oleh Notti.
JINBARA (Cat Farish) merupakan seorang pengguam bela didunia jin. Beliau juga berperanan sebagai penasihat kepada Notti sewaktu berada di dunia manusia dimana hanya Notti sahaja yang boleh melihatnya. Jinbara ditugaskan untuk mengikuti setiap apa sahaja yang dilakukan oleh Notti di dunia manusia dan bertanggungjawab untuk mengajar Notti melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dia juga seorang yang lawak.

Antara barisan pelakon yang turut membantu adalah seperti Adibah Noor (Sofea JIN), Acappan (VT Jinggam), Bob Lokman (JIN Samsu), Hafizuddin (Nesti), Corie (Taiko), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (Ibu Zulu), Betty Benafe (Peguam bela) dan David Teo (Ketua Kongsi Gelap).

Tarikh tayangan: 20 September 2009
Terbitan: KRU Studios

http://www.facebook.com/home.php?#/pages/Jin-Notti/86598211066?ref=sgm

2 comments:

♥Syamelia♥ said...

ayu,
bukan notty dihantar ke dunia ms umur dia 132 ker? if i x silap la...

Ayu Ramli said...

nope... ni synopsis sayang