Tuesday, August 12, 2008

Tuntung

(ini Tuntung at my fren's house)

Tuntung digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan penyu. Ia juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Info
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.

Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.

8 comments:

Farazila said...

tuntung senang skit nk kenal..
couse badan dia bentuk lonjong...
:)

Ayu Ramli said...

Yup.. and hidung dia panjang sikit and ternaik ke atas...

Muka dia tak cantik sangat tapi dia unik dari spesis lain yang sama kategori dengan dia.

edzlin007 said...

akak ayu nak bela tuntung ke? tuntung senang nak jumpa kalau kat umah saya. asal lepas ujan lebat je, mesti ada sekor yg sesat dlm longkang. dari mana muncul pun tak tahu

Megat Eusofe said...

ayu
tuntung sedap tau if digoreng
or dibuat sup

sedapppp wooooooooo
tang-tang sedut sup ikut idung tuntung
mmg nyum
nyum !!!

ahaks...gurau je la
wahhh..ingatkan me dah salah web discovery channel tadi !!

wahh..ayu dah bercakap bout tungtung nie..

tungtung-tungtung...chumel ker ??

Ayu Ramli said...

edzlin: hahahah.. thanx for the info edzlin, tapi kenapa kat dalam longkak.. agak pelik jugak lah kan.

Megat: Hahaha to be honest tuntung memang tak comel.. and tak sedap untuk dimakan.. hahaha Well, dia pelik and unik.. itu yang selalu ada pada benda yang tak cantik..

Ayu Ramli said...

opps salah eja.. longkang

Megat Eusofe said...

bukan scofield boleh makan tungtung ker ???

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!

Ayu Ramli said...

Hahhaha.. jahat tul apak ni.. nasib baik scofiled takleh keluar dari bilik.., kalau tak ada jugak percentage kena makan si tuntung ni