Monday, April 18, 2011

The Hunter in 3D - Kenyataan Akhbar



The Hunter sebuah filem terbitan ASIA Entertainment Media yang membawakan genre seram bakal dihasilkan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM6juta. Ianya sekali gus meletakkan The Hunter 3D ini sebuah filem seram pertama Malaysia yang dihasilkan dalam bentuk 3D.


Filem ini di bawah pengarahan sutradara Bjarne Wong. Anak kelahiran Sarawak ini diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem ini menerusi bakatnya dalam menghasilkan filem-filem yang lalu seperti Sayang You Can Dance dan penglibatan secara langsung sebagai Pengarah Aksi dalam filem bertaraf antarabangsa, Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios serta beberapa filem lain sebelumnya.


Bagi mengikut trend masa kini, Asia Entertainment Media tidak ragu-ragu untuk menghasilkan sebuah filem seram dalam bentuk 3D. Kos sebanyak RM6juta di anggarkan bagi melengkapkan produksi ini mengikut kesesuaian dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.


The Hunter 3D menghimpunkan barisan pelakon handalan gabungan dari negara-negara Asia. Antara barisan pelakonnya adalah Lou Qi (China), Tavani (Taiwan), Carmen Soo, Sharifah Amani, Cindy Cheng, Isaac Ong dan Smith Wong (Malaysia) dan Koe Yeet (Singpura).


Filem ini akan memulakan sesi penggambaran di China dan Malaysia pada bulan Mei ini dan berakhir pada awal Jun. Lokasi penggambaran akan mengambil tempatan di China dan Malaysia. Tumpuan lokasi di Malaysia adalah di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.


The Hunter 3D di jadual akan berada di pawagam secara serentak di Malaysia dan China pada penghujung tahun 2011. Filem ini akan turut di pasarkan ke negara-negara luar antaranya Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, India dan Filipina.

No comments: