Sunday, October 18, 2009

Planet 51 edaran United Studios

United Studios mengumumkan filem animasi komedi edaran terbaru berjudul Planet 51 dengan kerjasama syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad selaku penaja utama.

Planet 51 sebuah filem animasi komedi dibawah arahan Jorge Blanco menelan belanja sebanyak USD70juta ini menggunakan suara latar barisan pelakon terkenal Hollywood seperti Dwayne Johnson “The Rock” sebagai Kapten Charles ‘Chuck’ Baker’s, Justin Long sebagai LEM, Jessica Biel sebagai Neera, Sean William Scott sebagai Skiff, Gary Oldman sebagai General Grawl dan John Cleese sebagai Professor Kipple. Penghasilan skrip oleh Joe Stillman yang juga menghasilkan penulisan skrip bagi animasi Shrek dan Shrek2.

Planet 51 akan menemui penonton di 3,500 pawagam di Amerika Syarikat dan tayangannya akan diadakan serentak di Malaysia pada 19 November 2009!

Sinopsis:
Planet 51 adalah sebuah karya animasi komedi dimana ianya menceritakan tentang satu pencerobohan di sebuah planet yang didiami oleh makhluk berwarna hijau dan bersesungut di kepala. Makhluk di Planet 51 ini sentiasa tinggal dalam keadaan ketakutan dari diserang oleh makhluk asing planet lain. Mereka dikejutkan dengan pendaratan seorang angkasawan bernama Kapten Charles “Chuck” Baker yang berfikir bahawa beliau adalah orang yang pertama menjejakkan kaki di planet berkenaan. Beliau terkejut melihat bahawa planet yang dijejakinya itu mempunyai kehidupan makhluk bewarna hijau dan menjalankan kehidupan harian mereka dengan gembira seolah-olah seperti kehidupan di Amerika pada tahun 1950an. Namun kehidupan mereka berubah apabila munculnya makhluk yang dianggap sebagai penceroboh seperti Chuck. Kewujudan Chuck pastinya tidak melepaskan kehidupan Planet 51 dari merasa paranoia dan ia juga menjadi satu pengalaman mendebarkan buat LEM yang merupakan salah seorang remaja di planet berkenaan. LEM dan rakan-rakannya bersama robot tinjauan angkasa bernama Rover cuba membantu Chuck untuk mendapatkan semula kapal angkasanya untuk pulang ke Bumi. Walaubagaimanapun, bala tentera di Planet 51 bersungguh-sungguh cuba menghapuskan Chuck yang dianggap sebagai ancaman berbahaya bagi rakyat mereka. Berjayakah Chuck melarikan diri dari Planet 51?


2 comments:

edzlin007 said...

tengok trailer nampak menarik juga.

Ayu Ramli said...

yup.. kak ayu dah tengok dah. Best rasa nak tengok lagi... comel and kelakar