Monday, May 11, 2009

Filem ke-4 keluaran KRU

PENGUMUMAN KERJASAMA ANTARA KRU STUDIOS DAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD BAGI MEREALISASIKAN KEMUNCULAN “JIN NOTTI”

5 Mei 2009 – KRU Studios mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad(TM) bagi filem ke-4 terbitan KRU Studios iaitu “JIN NOTTI” sebagai penaja utama.
Kerjasama antara KRU Studios dan TM terjalin selaras dengan pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem yang dinanti-nantikan tahun ini tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan TM. KRU Studios berasa amat bangga kerana filem “JIN NOTTI” menjadi pilihan TM yang secara tidak langsung ianya merupakan filem pertama tajaan Telekom Malaysia Berhad.
“JIN NOTTI” meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem –filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim. Begitu juga barisan-barisan pelakon terpilih turut memberi lakonan yang mantap dan mengagumkan walaupun ini merupakan kali pertama membintangi filem yang bertaraf blockbuster. “JIN NOTTI” dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana sebagai NOTTI dan Cat Farish sebagai JINBARA.

Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
1) Ruby – Seorang gadis remaja Punk yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar.
2) Y’vonne – Seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan.
3) Sharifah – Seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.

Setiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya JINBARA sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz. Dapatkah Notti menemui cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri? Semuanya akan terjawab dalam filem “JIN NOTTI” nanti.

“Ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh KRU Studios kepada saya untuk mengarah filem JIN NOTTI. Saya diberitahu oleh Norman, Yusry dan Edry tentang idea mereka dan kami duduk bersama untuk mengembangkan idea ini untuk dijadikan sebuah filem yang mengambil masa selama 5 hingga 6 bulan. Ini merupakan satu peluang yang baik kerana JIN NOTTI adalah filem pertama dibawah arahan saya” ulas pengarah JIN NOTTI, Azhari Zain.
“JIN NOTTI” turut menampilkan Bob Lokman sebagai JIN SAMSU, Adibah Noor sebagai SOFEA JIN, Acappan sebagai JINGAM, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai Ketua Kongsi Gelap.




4 comments:

Wallpaper Boutique said...

wow.. bestnyer... xsabar rasanyer nak tgk fafau berlakon... kalau sentuhan ader sentuhan kru mesti best nyer...

Edzlin said...

lambat lagi masuk pawagam. hmm, akan ada official website tak?

Ayu Ramli said...

Hey Fixz Wallcovering and edzlin.

Thanx for your support.
Yup of coz ada official website lin. Tapi still in progress. Once dah siap, akan di preview di sini k.

Ayu Ramli said...

Watch MELODI minggu ni ada story pasal PC hari tu