Friday, September 5, 2008

New Updates - Dafi!

Yups new updates about Dafi. Dafi telahpun selesai rakaman lagu "Di Antara" yang dijalankan di Jakarta, Indonesia. Dafi tekun dengar penjelasan dan tunjuk ajar oleh Uci Nurul. Beliau merupakan guru vokal khas yang di sediakan untuk menjaga qualiti vokal Dafi sewaktu rakaman lagu ini.

Gambar ni sempat di snap oleh Saidah - Representative KRU Indonesia sewaktu Dafi sedang concentrate rakaman lagu ini.

Ini lah antara orang-orang penting yang ada bersama Dafi di Jakarta kelmarin.
(Baju Hijau: A&R SonyBMG Indonesia, Baju Hitam: Archie - A&R KRU STUDIOS,
Uci Nurul & Dafi)

Komen Dafi:
1) Pendapat Dafi tentang lagu ini?
“It’s a beautiful song. Dafi memang minat dengan lagu-lagu Kerispatih dan memiliki album mereka. Setakat ni Dafi sebagai peminat Dafi sangat suka akan hasil kerja mereka kerana keseluruhan lagu – lagu dalam album Kerispatih dicipta oleh mereka sendiri. Dafi bernasib baik mendapat peluang untuk rakamkan lagu ini sebab Badai merupakan salah seorang komposer yang terkenal di Indonesia.”.

2) Proses rakaman
“Masa mula-mula Dafi berasa nervous juga kerana Dafi tidak menafikan lagu ini agak susah sikti. Tapidengan adanya tunjuk ajar dari guru vokal dan abang Archie, Dafi yakin dan harus bekerja keras untuk selesaikan rakaman lagu ini. Sebab bukan senang nak dapat peluang sebegini dan Dafi berharap lagu ini dapat di terima di Indonesia kerana ia bakal menjadi salah sebuah lagu single yang akan dimainkan apabila album Dafi berada dipasaran Indonesia”.

3) Adakah Dafi berpuas hati dengan pencapaian lagu ini?
“Dafi puas hati dengan rakaman yang dijalankan walaupun masa yang singkat. Lagu ini juga best dan Dafi sendiri tidak sabar dan berdebar untuk mendengar lagu yang telah siap sepenuhnya. Sama-samalah kita tunggu”.

Lagu ini dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini berikutan album sulung Dafi ini dijadualkan menemui pasaran pada hujung Oktober 2008. Dengan selesainya rakaman lagu ini, maka genap lah sepuluh buah lagu yang dimuatkan dalam album ini.

4 comments:

edzlin007 said...

wahh...thanks akak ayu for the info. tak sabar nak dgr lagu di antara ni.

Megat Eusofe said...

err...wah
berita secara langsung nie

:)

buleh la kerja ngan yoyooh.nie
artikel bagus
penulisan pun okies

[cpQ]licious said...

wah!!xsabar giles nk 2nggu album die...
huhu..thanz k.ayu!!

Farazila said...

:)