Marikh merupakan planet ke-4 dari Matahari dalam Sistem Suria, ia dinamai sempena Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares), disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan, Phobos dan Deimos, setiap-satu merupai asteroid. Ia juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi. Atmosfera Marikh amat nipis: tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmossfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon, dengan sedikit sahaja oksigen dan air.Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
4 comments:
dahhhhhhh
ayu dah bersuara
lepas balik dari stc nie , apak tgk ayu rajin menelaah
nak ambik SPM balik ker ??
Hahhaha STG lah apak.. silap tau.
hahahahah kembangkan pengetahuan la apak... pengetahuan pun kena hi class and looks intelligent owkey! (macam apak) uhuhuhu
lorh..marikh plak dohh...
pasni buat review pasal volcano plak ekh..hehehhe
baguis2..good info...kadang2 kita lupa benda ni semua..ni kalau masuk rancangan Teksi Tunai..lilo kol ayu je la..
hehehhehe
haaaaaaaaaaaaa
larikkkkkkkkkkkkkkkkk !!
malulah camner leh salah eja nie
huhuuhuhuhu
apak me x-reti mengeja
n
tak pintar mengira
:P
alalalalalalaaa
ayu , u alwayz looks smarties k
x-pernah cair di tangan
tapi kene sedap if dimakan
:P
Post a Comment