Monday, July 7, 2008

UTUSAN MALAYSIA - ADAM COVER PAGE

Adam mengaku sedang bercinta
Oleh Nor Fadzilah

CINTA sesuatu yang indah dan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu menjadi gagah. Sesiapa sahaja yang terkena panahan cinta pastinya akan sentiasa terusik dan terbuai dek keasyikannya. Tidak dinafikan walau sehebat atau sepopular mana seseorang itu, naluri untuk bercinta tidak mungkin ditolak tepi.
Itu juga perasaan yang sedang dialami oleh penyanyi kacak, Adam. Sudah jelak untuk berselindung, Adam akhirnya bersuara mengakui hatinya sudah dimiliki.

Jika dahulu mungkin kenyataan tersebut agak sukar untuk diungkapkan olehnya dek kerana takut kehilangan peminat tersayang, tetapi kini tidak lagi.
Jejaka kelahiran Sabah itu semakin yakin dan pasti para peminatnya sudah mampu menerima kisah cintanya itu.

Adam yang bakal menjayakan showcase untuk album barunya itu di Channel 18, Bangsar, Kuala Lumpur 12 Julai ini, dia juga bercadang menampilkan imej pahlawan setiap kali beraksi di pentas.

more in Utusan Malaysia newspaper....

No comments: