Wednesday, May 28, 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam

Mengimbas kembali kejayaan ‘Cicakman’ sebelum ini, ia telah menarik minat pengedar-pengedar luar negara bagi hak pengedaran di negara masing-masing ketika menyertai delagasi penerbit-penerbit filem Malaysia anjuran FINAS dan Multimedia Development Corporation di Bangkok Film Festival (pada 20 hingga 23 Februari 2006) dan Hong Kong International Film & TV Market (20 hingga 23 Mac 2006).
Atas rasa terharu dengan sambutan luar biasa tersebut, maka ‘Cicakman 2’ dihasilkan. Kelainannya adalah filem ini menampilkan sudut pengarahan dan teknik penerbitan yang lebih hebat daripada sebelumnya. Penggunaan ‘CGI shots’ (Computer Generated Imagery) masih diterapkan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Filem arahan Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman yang berunsurkan komedi aksi ini menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Fasha Sandha (Tania), Aznil Nawawi (Profesor Klon), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), Sharifah Amani (Iman), Louisa Chong (Miss Cheef) dan penampilan istimewa dari Indonesia iaitu Tamara Blaszenky (Rrama).

‘Cicakman 2’ dijadualkan merempuh pawagam pada 27 November 2008. Sesi penggambaran mengambil selama 36 hari yang akan bermula pada 26hb Oktober 2007 hingga 7hb Disember 2007. Pelbagai lokasi telah disusun antaranya kawasan di negeri Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Kuala Lumpur dan juga didalam studio. Ketelitian untuk menghasilkan filem yang berkualiti amat dititik beratkan.
Jangan lupa saksikan filem hebat keluaran KRU ini!

No comments: