Showing posts with label Film. Show all posts
Showing posts with label Film. Show all posts

Monday, April 18, 2011

The Hunter in 3D - Kenyataan Akhbar



The Hunter sebuah filem terbitan ASIA Entertainment Media yang membawakan genre seram bakal dihasilkan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM6juta. Ianya sekali gus meletakkan The Hunter 3D ini sebuah filem seram pertama Malaysia yang dihasilkan dalam bentuk 3D.


Filem ini di bawah pengarahan sutradara Bjarne Wong. Anak kelahiran Sarawak ini diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem ini menerusi bakatnya dalam menghasilkan filem-filem yang lalu seperti Sayang You Can Dance dan penglibatan secara langsung sebagai Pengarah Aksi dalam filem bertaraf antarabangsa, Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios serta beberapa filem lain sebelumnya.


Bagi mengikut trend masa kini, Asia Entertainment Media tidak ragu-ragu untuk menghasilkan sebuah filem seram dalam bentuk 3D. Kos sebanyak RM6juta di anggarkan bagi melengkapkan produksi ini mengikut kesesuaian dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.


The Hunter 3D menghimpunkan barisan pelakon handalan gabungan dari negara-negara Asia. Antara barisan pelakonnya adalah Lou Qi (China), Tavani (Taiwan), Carmen Soo, Sharifah Amani, Cindy Cheng, Isaac Ong dan Smith Wong (Malaysia) dan Koe Yeet (Singpura).


Filem ini akan memulakan sesi penggambaran di China dan Malaysia pada bulan Mei ini dan berakhir pada awal Jun. Lokasi penggambaran akan mengambil tempatan di China dan Malaysia. Tumpuan lokasi di Malaysia adalah di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.


The Hunter 3D di jadual akan berada di pawagam secara serentak di Malaysia dan China pada penghujung tahun 2011. Filem ini akan turut di pasarkan ke negara-negara luar antaranya Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, India dan Filipina.

Friday, March 19, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa


Report: Berlin

March 1, 2010 - More positive developments have been observed for KRU Studios’ action / epic film, Hikayat Merong Mahawangsa also known as ‘The Malay Chronicles: Bloodlines’. At the recent European Film Market (EFM), held from February 11 – 21, not only was great interest shown by international distributors towards the film, but The Malay Chronicles: Bloodlines also managed to garner sales in numerous countries.

To date, the film’s rights have been sold to United Kingdom (Metrodome), France (F.I.P Distribution), Germany (Ascot Elite Entertainment Group), Russia (Daro Film Distribution) as well as 22 other countries in the territory of the Middle-east (Gulf Films). This etches another record, with The Malay Chronicles: Bloodlines being the first Malaysian production to be distributed extensively in the international arena, and thus far the most successful local production in terms of export revenues.

Chief Executive Officer of Epic Pictures, (based in Beverly Hills, USA) Patrick Ewald, who is KRU Studios sales agent, said that the extraordinary interest towards The Malay Chronicles: Bloodlines has been made possible with the help of the film’s marketing materials including its trailer and 8-minute action sequence, which showcases a top notch action production, CGI action and world-class production set. “We are confident that The Malay Chronicles: Bloodlines will be able to capture an even wider group of international distributors upon completion, especially when the film is further marketed at the Cannes International Film Festival and American Film Market during May and November this year, respectively,” said Ewald.

The Malay Chronicles: Bloodlines Director, Yusry A. Halim said the success of this film is attributed to the dedication and efforts of the entire production crew, comprising of more than 300 people. “I hope this positive development will lead to further successes for the film in the future. I also hope that this will pave way for other Malaysian productions to make it in the international arena,” he said.

Featuring local and foreign stars in the film, The Malay Chronicles: Bloodlines is further enhanced with martial arts choreography from Hong Kong.

KRU Studios would also like to express their gratitude towards the Ministry of Science, Technology and Innovative (MOSTI) whose ‘e-content’ fund has helped defray its production cost of the feature film. The availability of this fund has assisted KRU Studios to create the world class action / epic film, The Malay Chronicles: Bloodlines.

The production of The Malay Chronicles: Bloodlines is expected to be completed in June 2010, and premiere screenings are scheduled to take place at end of this year. For more information, please log on to www.krustudios.com


http://www.youtube.com/watch?v=2hasCIdPpsw

Sunday, March 7, 2010

Marley & Me

I love this movie. Twice watching them, twice i cried. Marley as a dog really played a good role. Fantastic dog. Remind me of my hamster name Andy died last few years.

You guys should watch this movie. Again and again and again... Acted by Jennifer Aniston and Owen Wilson. For more information, log on to http://marleyandmemovie.com/



Friday, December 18, 2009

Avatar - my personal review

Avatar - a movie that you must watch!
The story line is good and the most fantastic and wonderful part is the CGI (from the color, the avatar skin, the tree, the animal & everything).

6 years production is really worth a fantastic movie. For those that havent watch Avatar, please get yourself to the cinema nearby. You will love it!!!!... A movie that will get people watching it again and again!!!!

I will repeat watching it for 2nd time....!!! This is the real and fantastic CGI!!! Congratulations!

rating: 10/10

Wednesday, December 9, 2009

Survey: Beri Pendapat atau Komen anda tentang filem yang menarik

Hello Bloggers/Facebookers/etc,

Pastinya anda semua suka menonton filem tak kira samada filem itu adalah dari produksi tempatan ataupun antarabangsa. Ada dua jenis tontonan iaitu menonton filem berkenaan di pawagam ataupun menonton filem berkenaan dengan hanya membeli DVD.

So dengan pemahaman dan juga tarikan anda terhadap filem-filem yang ada di pawagam, berikan komen atau pendapat anda, apakah yang menarik perhatian anda untuk ke pawagam dan menyaksikan filem-filem dari tempatan ataupun antarabangsa. Dan apakah yang anda harapkan dari sesebuah penghasilan filem.

Survey ini akan berterusan selama 1 bulan. Luangkan masa anda untuk terus bercoret di sini!

-salam-

Monday, November 16, 2009

My Spy - 3 Dec 2009




Sinopsis
AJ berperwatakan gila-gila dan buta warna. Salleh adalah pesara polis yang bercita-cita untuk mengubah sistem rang undang-undang di Malaysia dengan gajet-gajet hebat ciptaannya. walaubagaimanapun, mereka ini saling membenci antara satu sama lain. Namun atas ketentuan takdir, mereka terpaksa berganding bahu untuk menyelesaikan kes terbesar yang pernah mereka kendalikan.

Mereka berdua ini berdepan dengan dua kembar yang merupakan penjenayah dan perompak yang licik, seorang setiausaha yang seksi dan ketua pencuri lukisan-lukisan antarabangsa.

Dengan himpunan barisan pelakon komedi dan adegan kejar mengejar, MySpy merupakan gabungan Inspector Gadget, Bad Boys dan James Bond yang diolah mengikut humor Malaysia dan kesan visual yang menarik dibawah olahan Yusry Abdul Halim yang pernah mencapai kejayaan filem bertaraf box office melalui filem Cicakman dan Duyung.

Terbitan : KRU Studios
Arahan : Afdlin Shauki
Penaja Utama : CELCOM
Penaja Bersama: PERODUA

Sunday, October 18, 2009

Planet 51 edaran United Studios

United Studios mengumumkan filem animasi komedi edaran terbaru berjudul Planet 51 dengan kerjasama syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad selaku penaja utama.

Planet 51 sebuah filem animasi komedi dibawah arahan Jorge Blanco menelan belanja sebanyak USD70juta ini menggunakan suara latar barisan pelakon terkenal Hollywood seperti Dwayne Johnson “The Rock” sebagai Kapten Charles ‘Chuck’ Baker’s, Justin Long sebagai LEM, Jessica Biel sebagai Neera, Sean William Scott sebagai Skiff, Gary Oldman sebagai General Grawl dan John Cleese sebagai Professor Kipple. Penghasilan skrip oleh Joe Stillman yang juga menghasilkan penulisan skrip bagi animasi Shrek dan Shrek2.

Planet 51 akan menemui penonton di 3,500 pawagam di Amerika Syarikat dan tayangannya akan diadakan serentak di Malaysia pada 19 November 2009!

Sinopsis:
Planet 51 adalah sebuah karya animasi komedi dimana ianya menceritakan tentang satu pencerobohan di sebuah planet yang didiami oleh makhluk berwarna hijau dan bersesungut di kepala. Makhluk di Planet 51 ini sentiasa tinggal dalam keadaan ketakutan dari diserang oleh makhluk asing planet lain. Mereka dikejutkan dengan pendaratan seorang angkasawan bernama Kapten Charles “Chuck” Baker yang berfikir bahawa beliau adalah orang yang pertama menjejakkan kaki di planet berkenaan. Beliau terkejut melihat bahawa planet yang dijejakinya itu mempunyai kehidupan makhluk bewarna hijau dan menjalankan kehidupan harian mereka dengan gembira seolah-olah seperti kehidupan di Amerika pada tahun 1950an. Namun kehidupan mereka berubah apabila munculnya makhluk yang dianggap sebagai penceroboh seperti Chuck. Kewujudan Chuck pastinya tidak melepaskan kehidupan Planet 51 dari merasa paranoia dan ia juga menjadi satu pengalaman mendebarkan buat LEM yang merupakan salah seorang remaja di planet berkenaan. LEM dan rakan-rakannya bersama robot tinjauan angkasa bernama Rover cuba membantu Chuck untuk mendapatkan semula kapal angkasanya untuk pulang ke Bumi. Walaubagaimanapun, bala tentera di Planet 51 bersungguh-sungguh cuba menghapuskan Chuck yang dianggap sebagai ancaman berbahaya bagi rakyat mereka. Berjayakah Chuck melarikan diri dari Planet 51?


Sunday, August 30, 2009

Jin Notti - "Jangan Naughty-Naughty"

Synopsis:
Filem JIN Notti menampilkan Farah Fauzana, Mawi & Cat Farish sebagai pelakon utama filem ini.

Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

1) Ruby – Seorang gadis remaja Punk yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar.

2) Y’vonne – Seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan.

3) Sharifah – Seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.

AZIZ (Mawi) merupakan seorang anggota polis perisik yang mempunyai prinsip hidup tersendiri. Beliau melibatkan diri dalam geng kongsi gelap semata-mata untuk mendapatkan maklumat tentang kerja haram yang dijalankan. Aziz dalam diam menyimpan perasaan pada Y’vonne (teman wanita geng Kongsi Gelap) dimana pada waktu itu tubuhnya dikawal oleh Notti.
JINBARA (Cat Farish) merupakan seorang pengguam bela didunia jin. Beliau juga berperanan sebagai penasihat kepada Notti sewaktu berada di dunia manusia dimana hanya Notti sahaja yang boleh melihatnya. Jinbara ditugaskan untuk mengikuti setiap apa sahaja yang dilakukan oleh Notti di dunia manusia dan bertanggungjawab untuk mengajar Notti melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dia juga seorang yang lawak.

Antara barisan pelakon yang turut membantu adalah seperti Adibah Noor (Sofea JIN), Acappan (VT Jinggam), Bob Lokman (JIN Samsu), Hafizuddin (Nesti), Corie (Taiko), Sazzy Falak (Zulu), Sheila Mambo (Ibu Zulu), Betty Benafe (Peguam bela) dan David Teo (Ketua Kongsi Gelap).

Tarikh tayangan: 20 September 2009
Terbitan: KRU Studios

http://www.facebook.com/home.php?#/pages/Jin-Notti/86598211066?ref=sgm

Monday, May 11, 2009

Filem ke-4 keluaran KRU

PENGUMUMAN KERJASAMA ANTARA KRU STUDIOS DAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD BAGI MEREALISASIKAN KEMUNCULAN “JIN NOTTI”

5 Mei 2009 – KRU Studios mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad(TM) bagi filem ke-4 terbitan KRU Studios iaitu “JIN NOTTI” sebagai penaja utama.
Kerjasama antara KRU Studios dan TM terjalin selaras dengan pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem yang dinanti-nantikan tahun ini tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan TM. KRU Studios berasa amat bangga kerana filem “JIN NOTTI” menjadi pilihan TM yang secara tidak langsung ianya merupakan filem pertama tajaan Telekom Malaysia Berhad.
“JIN NOTTI” meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem –filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim. Begitu juga barisan-barisan pelakon terpilih turut memberi lakonan yang mantap dan mengagumkan walaupun ini merupakan kali pertama membintangi filem yang bertaraf blockbuster. “JIN NOTTI” dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana sebagai NOTTI dan Cat Farish sebagai JINBARA.

Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
1) Ruby – Seorang gadis remaja Punk yang berasal dari keluarga yang berpecah belah, nakal dan liar.
2) Y’vonne – Seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan.
3) Sharifah – Seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.

Setiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya JINBARA sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz. Dapatkah Notti menemui cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri? Semuanya akan terjawab dalam filem “JIN NOTTI” nanti.

“Ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh KRU Studios kepada saya untuk mengarah filem JIN NOTTI. Saya diberitahu oleh Norman, Yusry dan Edry tentang idea mereka dan kami duduk bersama untuk mengembangkan idea ini untuk dijadikan sebuah filem yang mengambil masa selama 5 hingga 6 bulan. Ini merupakan satu peluang yang baik kerana JIN NOTTI adalah filem pertama dibawah arahan saya” ulas pengarah JIN NOTTI, Azhari Zain.
“JIN NOTTI” turut menampilkan Bob Lokman sebagai JIN SAMSU, Adibah Noor sebagai SOFEA JIN, Acappan sebagai JINGAM, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai Ketua Kongsi Gelap.




Program TV PERTAMA - KRU

PENGUMUMAN DRAMA BERSIRI TELEVISYEN PERTAMA TERBITAN KRU STUDIOS
11hb Mei 2009 – KRU Studios mengumumkan drama bersiri televisyen yang pertama terbitan mereka berjudul “BIO-NIK” yang akan disiarkan dalam slot AKSI di rangkaian televisyen popular tempatan iaitu TV3.

Selangkah lebih maju selepas kejayaan berturut-turut dilayar perak melalui filem-filem blockbuster seperti Cicakman 1, Cicakman 2-Planet Hitam dan Duyung. Kini lahirlah sebuah lagi karya terbitan KRU Studios dalam bentuk rancangan drama bersiri televisyen. Selain dari aksi lincah, "BIO-NIK” merupakan drama bersiri tempatan pertama yang tampil dengan sebegitu banyak shot CGI dan kesan khas audio.


Menurut Norman Abdul Halim – Penerbit Eksekutif “BIO-NIK” “Kami ingin cuba memberi kelainan melalui kepakaran dalam penerbitan rancangan televisyen dengan penggunaan teknik CGI. Kami berharap ini akan membantu menyumbang ke arah kenaikan taraf penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhan. Kami juga berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepada kami untuk berkarya dan berharap kerjasama antara KRU Studios dan TV3 ini akan terus dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang”.
“BIO-NIK” tampil dengan 26 episod yang mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang bernama Nik. Nik mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan yang serius pada keseluruh bahagian badannya. Bapanya, Professor Hafiz seorang saintis yang mengetuai projek bio-genetik serta organ “transplant” mengambil keputusan untuk menjadikan Nik sebagai bahan ujikajinya kerana itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan anaknya ke pangkuannya selepas segala cara perubatan konvensional gagal. Namun, projek yang digelar A.D.A.M (Advance Developmental Android Mechanism) ini membuatkan Professor Hafiz berada dalam dilema kerana memikirkan samada langkah ini adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya dan ia tidak melanggar hukum alam. Setelah sembuh sepenuhnya, Nik terpaksa berhadapan dengan cabaran kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya. Disebalik segala dugaan ada hikmahnya; akhirnya Nik sedar kuasa luar biasa Nik merupakan satu-satunya cara yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah akan bakal menimpa dirinya, keluarganya dan Negara.

“BIO-NIK” turut menampilkan lagu hit daripada Adam iaitu “Robot”, “Benar Benar” dan yang paling terbaru “Tukang Gempak” sebagai lagu tema. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.krustudios.com/


Sebagai langkah promosi, pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak TV3 seperti sesi temuramah media cetak dan elektronik bersama pelakon-pelakon “BIO-NIK” menerusi rancangan di TV3 iaitu Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini dan Apa-Apa Aje. Tidak ketinggalan promosi bergerak di JOM HEBOH yang akan datang di Danga Bay, Johor Bahru dengan penampilan pelakon seperti Kamal, Fizzow Omar, Intan, Tam dan Shaz. Tayangan “BIO-NIK” akan bermula pada 18hb Mei 2009, jam 9malam dalam slot AKSI di TV3.





Tuesday, March 17, 2009

Disco Worms

Meet "Sunshine Barry & The Disco Worms"

















Sunshine Barry & The Disco Worms – Synopsis

Fuelled by disco music's infectious energy, “Sunshine Barry & the Disco Worms” is a toe-tapping animated tale about a young worm pursuing a dream… to entertain the insect world through the power of the boogie!

It’s not easy being Barry, a young earthworm who is fed up with being at the bottom of the food chain. All the other insects in the backyard consider earthworms to be major losers and his only future prospect is a boring “career” as a mid-level manager in the compost-making industry! If Barry could have just one wish, it would be that he’d never been born a worm!

But his world is turned upside down when he stumbles upon an old disco record… and The Boogie enters his bloodstream. His body starts swaying… his feet start tapping… he's just gotta dance! Could this be the key to a more exciting life?

Together with Gloria, Tito, Donna and Jimmy, he enters a Song Contest, which is to be broadcast live to the whole backyard. But Barry has forgotten one minor detail… “Worms can't boogie!”… Will Barry manage to worm the boogie into the insect-audience??? Come join KRU Studios in “Sunshine Barry & the Disco Worms” where all will be revealed.

In cinemas 9th April 2009
Link to watch the trailer in You Tube http://www.youtube.com/watch?v=hh5TiyuqPx4








Monday, January 5, 2009

2009!

2009!!! Happy New Year Everyone!
More films... more songs from KRU Studios..
Tunggu filem filem terbitan dan edaran KRU Studios.
Sunshine Barry & The Disco Worms
NOTTI
My Spy
Deadline
Planet 51
Jumpa anda di pawagam!!!

Thursday, November 6, 2008

Siri Komik Cicakman #6 - Welcome to KL

Cicakman menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk melihat bagaimanakah gelagat orang ramai di sana. Apakah yang ingin di cari Cicakman?

Hmmm...apa kata beli je komik ni... mesti tau punya apa jadi

cheers!!

Saturday, July 19, 2008

WANTED!

Haaaaaaa Anglina Jolie yang berlakun.... my fav actress..
Tapi sayangnya... cerita ni merepek!... haaiiihhhh..... luar my expectation!...
Dah lah nak tengok wayang seminggu tak dapat2.. nasib baik beli cetaks rompaks jerks... so kecewa jugak.. RM10 hengget melayang. Tapi to be honest, merepek!
Walaupun A.J yang berlakun ku support, tapi tak leh tahan kemerepekkan cerita ni.
Sekian....(sedeh!)

Sunday, July 6, 2008

Sunday, June 29, 2008

Shooting Film NOTTI

WAAAHHH !!! Tahun ni jadi pelakon extra pulaks.. ahaks.. upgrade profile la katakan.. last year sibuk jadi model untuk majalah REMAJA and RAPI.. hmm tak pe.. satu benda yang sihat.. asyik jadi PR je.. bosan gak! wah statement sangat.. So ini la first trial.. jadi pelakon extra untuk filem KRU - NOTTI.. jadi budak punk neh! Cun tak? hehehhe



Haaa biasalah.. kena make up ala2 budak punk!.. ni kat toilet ngan Ann, sempat bergambar u all sementara nak tunggu shot yang ke 20.. haihhh penat

Haaa ni lah antara barisan2 pelakon extra yang terlibat..(Aiman, Fendy, Cedut, Ann, Ayu, Chapiq & Shahrul) professional ok kitaorg!

Dua DIVA yang mmg cun and comel.. tak boleh nak cakap apa lah kan.. ambik gambar sementara tengah break dari shot ntah ke brapa pun Ayu tak ingat

Haaaa ni Angelina Jongos and Angelina Jongang.. ok tak?


Yang penting.. bila 3 DIVA dah habis shoot.. harus la berphoto kann.. aku jugak lah pelakon, aku jugak lah yang promote cerita nih.. hehehhee ada lagi shooting Monday untuk scene fengtau..

BEST SANGAT WALAUPUN PENAT!... satu experience yang takleh nak digambarkan...

-NOTTI-




(gambar ehsan Ann.. tq Ann)


Wednesday, May 28, 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam

Mengimbas kembali kejayaan ‘Cicakman’ sebelum ini, ia telah menarik minat pengedar-pengedar luar negara bagi hak pengedaran di negara masing-masing ketika menyertai delagasi penerbit-penerbit filem Malaysia anjuran FINAS dan Multimedia Development Corporation di Bangkok Film Festival (pada 20 hingga 23 Februari 2006) dan Hong Kong International Film & TV Market (20 hingga 23 Mac 2006).
Atas rasa terharu dengan sambutan luar biasa tersebut, maka ‘Cicakman 2’ dihasilkan. Kelainannya adalah filem ini menampilkan sudut pengarahan dan teknik penerbitan yang lebih hebat daripada sebelumnya. Penggunaan ‘CGI shots’ (Computer Generated Imagery) masih diterapkan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Filem arahan Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman yang berunsurkan komedi aksi ini menampilkan pelakon-pelakon handalan seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Fasha Sandha (Tania), Aznil Nawawi (Profesor Klon), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), Sharifah Amani (Iman), Louisa Chong (Miss Cheef) dan penampilan istimewa dari Indonesia iaitu Tamara Blaszenky (Rrama).

‘Cicakman 2’ dijadualkan merempuh pawagam pada 27 November 2008. Sesi penggambaran mengambil selama 36 hari yang akan bermula pada 26hb Oktober 2007 hingga 7hb Disember 2007. Pelbagai lokasi telah disusun antaranya kawasan di negeri Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Kuala Lumpur dan juga didalam studio. Ketelitian untuk menghasilkan filem yang berkualiti amat dititik beratkan.
Jangan lupa saksikan filem hebat keluaran KRU ini!